Saturday, October 16, 2010

KISAH KOSONG

Assalamualaikum wbt.

Pernah terlintas.. tapi tak pernah menulis sebarang ape pun yang terlintas dalam fikiran. Tak tau kenape malam ni pulak jari & akal ni seakan rajin menaip. Mungkin penangan Cerekarama "Berdosakah Aku" yang baru ditonton kejap tadi. Tak pernah plan atau set reminder pun untuk tengok drama tu tapi sebab Noorkhiriah (yang biasa aku panggil kak yong), aku tengok cerita tu. Ternyata tak sia-sia 5sen kredit kak yong ditolak sebab sms aku supaya tak lupa tengok drama tu. Tapi bukan sebab cerita tu yang aku kisahkan. Drama mana-mana pun kalau ade Sheila Rusly & produk tu pulak dari JS Pictures semua orang pun tau mesti produk yang bagus kan? Yang aku kagumkan adalah kak yong. 2 tahun berturut-turut kak yong pegang tittle 'artis komedi wanita popular' tapi aku rasa dia patut dapat lebih dari tu atau mungkin 'Pelakon Wanita Terbaik'. Atau mungkin dia memang da pegang award tu cume aku yang tak tau? hehe.. sorry kak yong kalau teman tak tau ye.. :p

Lakonan Noorkhiriah memang sangat berkesan..hairan aku macamane dia jiwai watak tu dengan begitu baik. Ramai pelakon yang bagus sebenarnye tapi yang versatile tu yang payah nak tengok.. Ade jugak yang rasa dia bagus & feeling versatile tapi tak berape nak style sangat la kalau perati betul-betul. betul tak jihan? betul kan? Ini juga adelah pesanan & peringatan untuk Jihan jugak ye.. Belajarlah dari yang terbaik walaupun tidak banyak sekurang-kurangnye ambiklah sikit untuk diguna pakai di waktu kecemasan kelak. Manala tau kot-kot esok dapat offer berlakon watak sendu syahdu pulak ke? Sebab kita nak jadi pelakon yang bagus bukan pelawak semata. Thanks kak yong sebab membuat aku berfikir setelah sekian lama x berfikir dengan menggunakan fikiran yang baik.

Bile mula terjadinye sesuatu perkara seperti ni yang membuatkan aku mula berfikir, aku teringatkan Stefani. Agak lama kot aku tak berteater. Teater lah pentas yang sangat bebas untuk beraksi dengan cara sendiri. Kalau bukan pada skripnya (teater tiada olahan skrip ye) tapi pada lakonannya. Rindunye aku pada teater aku je la yang tau. Baru-baru ni pegi sanggar jumpe ibu, abang mul, kak ana, ard, abang gullit & kak marina. Sekarang ibu tengah busy buat editing untuk filem "Zaiton-Ceritaku". Tapi abang mul ade cakap tentang plan nak pegi KOREA. Kemungkinan besar akan perform teater kita ke sana. IBU! I'M IN..!!! :) Mudah-mudahan aku dapat refresh balik asas lakonan yang sebenarnye sebab da banyak berlakon tv takut perkara asas tu semua hilang. Harus sedar diri sedar ruang jangan alpa sementara masih ada sumber ni. All the best to u Jihan. :)

Sunday, January 3, 2010

Jihan Raja Lawak Pernah Juarai 'Shuffle' Wanita

Jumaat Januari 1, 2010
Jihan Raja Lawak Pernah Juarai 'Shuffle' Wanita

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Photobucket
Jihan mempunyai bakat dalam bidang tarian dan pernah menari di persembahan Citrawarna dari tahun 2000 hingga 2004, Pesta Senirama Negeri Selangor pada tahun 1995 hingga 1999 termasuk beberapa pertandingan tarian.-foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH

“ALHAMDULILLAH, rezeki saya dalam karier seni ini belum putus tetapi tidaklah berganda-ganda,” kata Jihan, Naib Juara Raja Lawak musim ketiga saat ditanya tentang perkembangan seninya sekarang.

Gadis berusia 26 tahun ini begitu merendah diri saat disapa untuk mengadakan sesi fotografi bersama mStar Online. Tidak seperti sesetengah artis baru lain yang baru mengenal dunia glamor.

Walaupun masih ‘hijau’ dan tidak terlalu dikenali dalam industri seni ini, Jihan berkata dia tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha menempatkan diri sebaris dengan artis-artis lain yang telah berjaya.

Photobucket

Biarpun begitu, setiap tawaran yang diberikan tidak akan dibolot kesemuanya, malah cerita pemilik nama Nur Jihan Musa, dia akan menyelesaikan sesuatu kerja itu secara satu persatu.

Menyingkap tentang pengalaman seni yang ditimba setakat ini, Jihan berkata ringkas ‘kerja seni best, saya suka berkarya seni dan enjoy masa berteater’.

Jihan yang sudah mempunyai pengalaman dalam bidang teater sebelum menyertai Raja Lawak berkata dia masih aktif dalam bidang itu.

“Selain membuat teater, saya juga menerima tawaran berlakon dan kebanyakan watak yang diberikan kepada saya adalah watak komedi.

Photobucket

“Antara drama dan program yang dilakonkan oleh saya adalah Lawaking 2009, Cak Cak 2009, Jongkang-Jongkit (26 episod), Bujang Sepah Silalitamplom, Lawak Raya Suatu Ketika Dahulu, Pelakon Ekstra, Fatimah Juling, Caparella (13 episod) termasuk filem Adik Manja Returns tetapi ada yang telah ditayangkan ada yang belum,” ceritanya ketika ditemubual di Menara Star.

Jihan akui kebanyakan tawaran lakonan yang diterima olehnya datang daripada pihak Astro.

“Saya merupakan produk Astro, jadi saya masih bekerja secara sambilan dengan stesen TV itu.

“Saya masih mendapat tawaran berlakon dan diingati oleh pihak Astro,” katanya yang juga masih berkhidmat sebagai juruteknik di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Photobucket

Menurut gadis berasal dari Shah Alam, Selangor ini, dia hanya akan menggunakan masa terluangnya untuk melakukan aktiviti seninya.

“Saya hanya bekerja pada waktu office hour di MBSA selama lima hari seminggu. Tetapi, alhamdulillah nasib baik pengarah di Jabatan Bangunan begitu memahami minat dan kerja sambilan saya,” katanya yang bertugas melakukan pemeriksaan bangunan di seluruh Shah Alam.

Bercerita mengenai pengalamannya ketika melakukan tugasan, Jihan masih teringat tentang bagaimana dia dan seorang wanita bertukar-tukar tandatangan dan anak wanita itu pula sibuk hendak bergambar dengannya.

“Saya berasa pengalaman ini agak kelakar dan membuatkan saya susah hendak serius melakukan kerja.

Photobucket

“Suatu hari, saya pergi sebuah kedai di Kampung Subang Perdana untuk membuat pemeriksaan lesen perniagaannya.

“Saya perlu mendapatkan tandatangan dia, selepas itu dia pula yang meminta autograf saya. Kemudian, anak dia ambil gambar dengan saya,” beritahunya lagi.

Seperti yang diketahui, Jihan bergiat di pentas teater kelolaan Sanggar Teater Fauziah Nawi (M) Sdn. Bhd. atau lebih dikenali dengan nama Stefani sejak tahun 2005.

Antara teater yang pernah dijayakan oleh Jihan adalah Mahsuri, Malam 7 Drama 7 Duri, KLKu, Lorong Blues dan Kembang Layarku.

Photobucket

Selain itu, Jihan berkata Stefani juga sedang dalam proses untuk membuat projek teater ke luar negara tentang muzikal kanak-kanak pada tahun 2010 nanti.

Dalam perkembangan lain, Jihan juga mempunyai bakat dalam bidang tarian dan pernah menari di persembahan Citrawarna dari tahun 2000 hingga 2004, Pesta Senirama Negeri Selangor pada tahun 1995 hingga 1999 termasuk beberapa pertandingan tarian.

Antaranya, Pertandingan Tarian Shuffle, Cabaran Tarian Rexona No-Sweat, Pertandingan Street Dance dan Festival Tarian KL-International dari tahun 2000 hingga 2007.

Menurut Jihan, Aril Akademi Fantasia (AF) 7 pernah menjadi pasangannya dalam sebuah pertandingan shuffle dan dia telah menjuarai kategori wanita.

Jadi, tidak mustahil jika dia tidak mempunyai masalah untuk menari shuffle ketika berlakon filem Adik Manja Returns.

Monday, May 25, 2009

INTISARI RANCANGAN

TERKINI! Mesti tonton mlm ini (ISNIN,25mei) temubual xklusif LIVE di astro AWANI (501) jam 10.30mlm kisah ADIK MANJA RETURNS..

Mesti dengar!!! SELASA 26mei : radio ERA, 6.45-10am, JIHAN bersama SEPAH d'hawau.

Mesti tonton!!! RABU 27mei : kelab pop (104), 9mlm. JUMAAT : Lawaking (105), 10.30mlm.

Sunday, May 24, 2009

ADIK MANJA RETURNS

Adik manja versi 2009
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

“Saya berharap filem ini menjadi, tetapi ia juga kuasa Tuhan yang menentukan sama ada berjaya atau tidak. Untuk versi baru, saya ingin fokuskan pada kehidupan pelajar kolej yang saya gambarkan lebih ‘inovatif’. Kenakalan pelajar ini menjadi tarikan kepada penonton untuk mengetahui plot cerita ini dengan mendalam.

“Dalam memberi kelainan, saya turut tampilkan adegan remaja menari hip hop dan shuffle. Pada pandangan saya, adegan ini suatu yang menarik untuk dipertontonkan kerana masyarakat masa kini juga mempunyai perasaan ingin tahu apakah aktiviti yang remaja suka lakukan.

“Adegan ini menjadi elemen hiburan yang penting kepada filem ini. Dalam pada itu, saya turut mengadakan pertandingan antara dua tarian popular ini,” katanya.

Filem ini masih menggunakan watak asal Cikgu Azmi yang dilakonkan Dharma di samping pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Scha, Kencana Dewi, Faezah Elai, juara Pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim (Fida) dan bekas pemenang kedua program realiti Raja Lawak 3, Nuur Jihan Musa. Sebagai tarikan, Dharma percaya kehadiran pelakon baru ini memberi kekuatan kepada filem ini.

Memberi makna pada filem ini, Timbalan Menteri kementerian, Datuk Joseph Salang Gandum hadir melancarkan filem ini yang diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya takut penonton tidak suka menonton filem ini jika menggunakan pelakon yang banyak kontroversi. Sebolehnya, saya mahu filem ini ‘bersih’ dari aspek kisah peribadi pelakon itu sendiri. Saya yakin kehadiran pelakon baru ini memberi kekuatan kepada filem saya kali ini.

“Dalam filem Adik Manja yang lalu, saya dan Noor Kumalasari juga adalah pelakon baru ketika itu, tetapi lakonan kami berjaya juga mendapat sambutan positif penonton. Penggambaran filem ini akan bermula pada 1 Julai nanti selama 45 hari di lokasi Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Adik Manja is back after 29 years hiatus. The new movie will be directed by Dharma Harun, one of the actors of the original movie. Adik Manja Returns will be produced by Dharma’s own production house, Adik Manja Sdn Bhd with a cost around RM1.5 million and will take place mostly at Universiti Multimedia, Cyberjaya. However, the latest Adik Manja will no longer feature the funny acts of Adibah Amin and Noor Kumalasari. This time around, the line up will consists of Scha, Rozita Che Wan, Jihan, Kenchana Dewi, Fida, Faezah Elai and Dharma himself. It’s the comedic nature and the firmness of Adibah Amin and the love story between Dharma and Noor Kumalasari that has brought Adik Manja to box-office. I hope these elements remain.



THE NEW CASTS OF ADIK MANJA RETURNS



THE OLD ADIK MANJA