Monday, May 25, 2009

INTISARI RANCANGAN

TERKINI! Mesti tonton mlm ini (ISNIN,25mei) temubual xklusif LIVE di astro AWANI (501) jam 10.30mlm kisah ADIK MANJA RETURNS..

Mesti dengar!!! SELASA 26mei : radio ERA, 6.45-10am, JIHAN bersama SEPAH d'hawau.

Mesti tonton!!! RABU 27mei : kelab pop (104), 9mlm. JUMAAT : Lawaking (105), 10.30mlm.

Sunday, May 24, 2009

ADIK MANJA RETURNS

Adik manja versi 2009
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

“Saya berharap filem ini menjadi, tetapi ia juga kuasa Tuhan yang menentukan sama ada berjaya atau tidak. Untuk versi baru, saya ingin fokuskan pada kehidupan pelajar kolej yang saya gambarkan lebih ‘inovatif’. Kenakalan pelajar ini menjadi tarikan kepada penonton untuk mengetahui plot cerita ini dengan mendalam.

“Dalam memberi kelainan, saya turut tampilkan adegan remaja menari hip hop dan shuffle. Pada pandangan saya, adegan ini suatu yang menarik untuk dipertontonkan kerana masyarakat masa kini juga mempunyai perasaan ingin tahu apakah aktiviti yang remaja suka lakukan.

“Adegan ini menjadi elemen hiburan yang penting kepada filem ini. Dalam pada itu, saya turut mengadakan pertandingan antara dua tarian popular ini,” katanya.

Filem ini masih menggunakan watak asal Cikgu Azmi yang dilakonkan Dharma di samping pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Scha, Kencana Dewi, Faezah Elai, juara Pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim (Fida) dan bekas pemenang kedua program realiti Raja Lawak 3, Nuur Jihan Musa. Sebagai tarikan, Dharma percaya kehadiran pelakon baru ini memberi kekuatan kepada filem ini.

Memberi makna pada filem ini, Timbalan Menteri kementerian, Datuk Joseph Salang Gandum hadir melancarkan filem ini yang diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya takut penonton tidak suka menonton filem ini jika menggunakan pelakon yang banyak kontroversi. Sebolehnya, saya mahu filem ini ‘bersih’ dari aspek kisah peribadi pelakon itu sendiri. Saya yakin kehadiran pelakon baru ini memberi kekuatan kepada filem saya kali ini.

“Dalam filem Adik Manja yang lalu, saya dan Noor Kumalasari juga adalah pelakon baru ketika itu, tetapi lakonan kami berjaya juga mendapat sambutan positif penonton. Penggambaran filem ini akan bermula pada 1 Julai nanti selama 45 hari di lokasi Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Adik Manja is back after 29 years hiatus. The new movie will be directed by Dharma Harun, one of the actors of the original movie. Adik Manja Returns will be produced by Dharma’s own production house, Adik Manja Sdn Bhd with a cost around RM1.5 million and will take place mostly at Universiti Multimedia, Cyberjaya. However, the latest Adik Manja will no longer feature the funny acts of Adibah Amin and Noor Kumalasari. This time around, the line up will consists of Scha, Rozita Che Wan, Jihan, Kenchana Dewi, Fida, Faezah Elai and Dharma himself. It’s the comedic nature and the firmness of Adibah Amin and the love story between Dharma and Noor Kumalasari that has brought Adik Manja to box-office. I hope these elements remain.



THE NEW CASTS OF ADIK MANJA RETURNS



THE OLD ADIK MANJA

Monday, January 5, 2009

Pesanan dari Jihan....

Berpatah-patah kata daripada Jihan untuk semua penyokong-penyokong,


assalamualaikum semua..

kpd geng2 kapak n semua pengundi saya..terima kasih byk saya ucapkan..di harap anda semua masih suka n seronok utk mngundi saya..saya xleh nk online lama jd di kesempatan ini saya meraih undian dan sokongan drpd semua agar membantu saya utk terus berada dlm gelanggang raja lawak 3 ni..saya blom nak balik lg..byk lg benda x dibuat..undilah saya,jasa anda akan dkenang & harap saya akan bpeluang utk berjumpe dgn sekalian anda..kite boleh mkn2 n sronok2 dgn lebih dekat lg..tq again...I LOVE U ALL...(produser da panggil balik ni)..